Saturday, August 28, 2010

SEJARAH HIDUP TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

1. PENDAHULUAN
 
           Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukanlah nama asing bagi negara masyarakat kita, lebih-lebih lagi dalam sejarah lipatan politik tanah air. Beliau yang mempunyai darah keturunan raja merupakan seorang Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada zaman beliau di samping memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Kepimpinan beliau amat terserlah sama ada dalam bidang politikiaitu sebagai Yang Dipertua Agong UMNO atau sebagai seorang pemimpin negara yang berwibawa dan berkebolehan dalam mentadbir negara dan rakyatnya. Peranan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha mencapai kemerdekaan negara amat penting. Sebagai seorang pemerintah, beliau bertanggungjawab dalam mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada pihak penjajah pada tahun 1957. Beliau turut memainkan peranan penting dalam membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

             Tunku dikatakan telah berjaya membawa negara kita ke ambang kemerdekaan. Kebolehan serta kebijaksanan yang beliau miliki membolehkan negara kita mendapat kemerdekaan hanya melalui perundingan tanpa menumpahkan setitis darahpun sebagaimana yang yang berlaku di negara-negara jiran. kewibawaan Tunku yang berjaya menyatukan penduduk negara ini yang terdiri daripada tiga kaum yang utama iaituMelayu, Cina dan India. Penyatuan ketiga-tiga kaum tersebut di bawah pimpinan Tunku telah memberi keyakinan kepada pihak penjajah British untuk memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogas 1957. Kejayaan beliau mendapatkan kemerdekaan untuk negara telah mengangkat nama beliau sebagai seorang pemimpin yang unggul dan tersohor. Atas kejayaan beliau mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu telah mengangkat nama beliau sehingga digelar sebagai “Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia”. Inilah imej Tunku Abdul Rahman yang telah dikenali umum dalam kalangan rakyat Malaysia.

             Tunku adalah seorang ahli kebangsaan yang tidak ada tolok bandingannya.Sumbangan dan pengorbanan yang beliau curahkan bagi kesejahteraan negara ini.Sewajarnya diambil ikhtibar dan diabadikan agar dapat dihayati oleh generasi akan datang. Beliau harus diberi penghargaan yang tinggi atas jasa dan pengorbanan beliau sebagai seorang manusia, seorang negarawan, seorang pembela bangsa Melayu, seorangyang bertimbang rasa terhadap rakyatnya khususnya orang-orang bukan Melayu dan kesabaran serta penderitaan yang beliau alami sepanjang menjadi pemimpin negara. Nama Tunku Abdul Rahman harus ditulis dengan tinta emas dalam sejarah lipatan kemerdekaan negara ini. Sehingga kini dan untuk selama-lamanya rakyat negara ini akan terus menganggap beliau sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dan berjiwa rakyat.

2. BIOGRAFI

Nama asal: Tengku Abdul Rahman Putera ibn Abdul Hamid Halim Shah.
Nama dan Gelaran Popular: Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, Tunku, YAM Tunku
Tarikh dan tempat lahir: 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah.
Tarikh
dan tempat meninggal: 6 Disember 1990 di Kuala Lumpur.
Pendidikan dan kelulusan: Sekolah Rendah di Alor Setar, di Bangkok, seterusnya di Penang
Free School, di Ct. Cathering, Cambridge University, England dan Inner
Temple, England. B.A. (1925), LIB ( INNER) (1948). 
PengalamanJawatanAwam:1931-Penolong Pegawai Daerah,KulimdalamPerkhidmatanAwamNegeri Kedah(1935)diLangkawi,kembalikeKulim(1938)TimbalanPendakwaRaya,PegawaiUndang-undangdan 1956KetuaMenteridanakhirsekali 1957-1970 menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Pengalaman dan Politik Akhir 1930-an: dalam Seberkas, Alor Setar, 1946- membantu menubuhkan Persatuan United Kingdom, 1951- dicalonkan dan memenangi jawatan Yang Dipertua / Presiden UMNO, Presiden UMNO (hingga September 1970).
KegiatanAntarabangsa:SetiausahaAgung1OIC-KomanwelNegara-negaraIslam(1971-1980).
Perkahwinan : 1933-dengan Meriam di Alor Setar, 1935- dengan Violet Coulson di Singapura, 1939-dengan(Tun)SharifahRodziah.
Anak:KatijahdanTunNerang(hasilperkahwinandenganMeriam)
Karya-karyaTunku: Sebelum dan Sesudah 13 Mei 1969, Mahsuri (filem 1972)

             Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah merupakan seorang tokoh yang mempunyai sifat-sifat istimewa di sebalik kejayannya. Beliau merupakan seorang yang peramah, baik hati, arif dalam membuat pertimbangan, berjiwa rakyat, setia kepada sahabat-sahabatnya, rendah diri, murah hati, sentiasa bersimpati, bertanggungjawab serta banyak lagi nilai yang membolehkan beliau mempunyai kenalan yang ramai. Beliau seorang yang berkedudukan namun dia tetap bergaul dengan sesiapa sahaja. Beliau merupakan putera ke-6 daripada isteri kedua atau yang ke-24 bagi ayahnya. Ayahandanya, Sultan Abdul Hamid menaiki takhta Kedah pada1881 dan mangkat pada tahun 1943. Ibunya pula Che Manjalara berketurunan Siam dan Burma telah menukar namanya kepda Sharifah Fatimah setelah memeluk agama Islam.  
 3. PENDIDIKAN AWAL
Tunku mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu Alor Setar kemudiannya ke Sekolah Inggeris ( sekarang dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar) Kedah. Ketika berusia lapan tahun beliau mengikuti abangnya ke Bangkok meneruskan pengajiannya di sana. Pada tahun 1915, beliau meneruskan pengajiannya di Penang Tree School. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajarannya ke St. Cathrine College, Universiti Cambridge, England untuk belajar undang-undang dan kemudiannya balik ke Tanah Melayu pada tahun 1925 setelah menamatkan pelajarannya. Tunku mendapat ijazah B.A. dalam sastera. Beliau kembali ke England untuk menyambung pelajarannya dalam bidang undang-undang di Inner Temple, England pada tahun 1938 namun pengajiannya terbantut apabila Perang Dunia Kedua meletus. Demi  menyempurnakan hasratnya menjadi peguam maka pada tahun 1947 beliau sekali lagi ke England bagi melanjutkan pelajarannya dalam pengajian undang-undang di Cambridge Universiti dan dilanjutkan pada tahun 1949.


4. KEPERIBADIAN

             Tunku telah banyak berkorban untuk negara. Pelbagai cabaran serta rintangan dihadapi namun segalanya berjaya di atasi dengan cekal dan tabah. Beliau adalah seorang pemimpin yang sentiasa tenang ketika menghadapi sesuatu situasi. Kualiti Tunku memanglah tiada persamaan atau bandingannya dengan orang lain. Apabila beliau sudah yakin akan sesyaty perkara, biasanya beliau akan bertindak tegas dengan apa cara sekalipun. Sikapnya menepati pepeatah ‘gengam bara api biar sampai menjadi arang’ dan‘alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan’. Biasanya Tunku tidak menghampakan harapan kawan-kawannya dan tidak mengecewakan amanah yang diberi kepadanya.

             Dalam menghadapi sesuatu isu, Tunku sentiasa bersikap mengejar masalah dan bukannya menanti masalah. Beliau tidak membiarkan sesuatu masalah itu terselesai dengan sendirinya. Sifat atau kelebihan ini memang sudah pun dapat dilihat sejak beliau mula mengambil alih pimpinan UMNO daripada Dato’ Onn. Denagn keazaman, banyak perkara yang pada mulanya mustahil telah menjadi kenyataan. Falsafah atau sikap Tunku terhadap ideologi komunis sebenarnya tegas. Tidak ada tolak ansur terhadapnya.

              Dalam pada itu, Tunku sanggup memberi peluang kepada komunis untuk bertaubat dengan syarat mereka menyerah diri dan kemudian bersumpah untuk taat setia kepada negara dan raja. Sebenarnya, Tunku boleh meneruskan peperangan terhadap komunis kerana rakyat di belakangnya. Sementara itu, Tunku sebagai pemimpin yang menpunyai pandangan yang jauh sanggup mmeperlembutkan sikapnya terhadap komunis demi kepentingan negara, terutama sekali kerana memandangkan bahawa berjuta-juta  ringgit telah dibelanjakan untuk memerangi komunis.

             Kesabaran Tunku memang cukup jelas. Malah beliau sanggup mengorbankan apa sahaja demi kepentingan negara. Beliau sanggup berhadapan dengan segala bentuk masalah baik masalah yang ternit daripada kawan ataupun masalah yang dicipta oleh pihak lawan. Pendeknya Tunku sanggup memberikan segala masa dan peluang untuk sesiapa sahaja. Begitu jugalah halnya semasa Tunku menghadapi konfrontasi Rejim Soekarno. Tunku tidak lengah menemui Soekarno di mana sahaja yang dikehendaki asalkan Presiden Soekarno dapat melihat dan mengakui suatu kebenaran. Menghadapi masalah tersebut Tunku menunjukkan sikapnya yang berlemah lembut, tetapi tegas.

             Jika ditimbang dari segi politik antarbangsa, memang tidak ada sebab mengapa Soekarno dan Macapagal mesti menentang pembentukan Malaysia.Tunku yang mereka anggap sebagai pemimpin yang mentah itu berdaya melahirkan sesuatu yang murni dan boleh dibanggakan sedangkan Soekarno yang menganggap dirinya sebagai negarawan dan pemimpin di dunia di sebelah sini tidak pun berbuat apa-apa untuk melepaskan rakyat Borneo daripada belenggu penjajah. Dengan adanya usaha Tunku, maka rakyat mereka yang dijajah dapat membebaskan diri daripada penjajah. Dengan itu sudah tentulah Presiden Soekarno berasa kecewa dan cemburu di atas keputusan dan inisiatif Tunku.

              Tunku memberikan garis perjuangan kepada pemuda UMNO dengan menegaskan bahawa tindak balas terhadap konfrontasi Presiden Soekarno itu janganlah sekali-kali tesalah maklumatnya. Tunku ternyata bimbang sangat salah faham akan timbul antara rakyat Malaysia dengan rakyat Indonesia kerana kedu-dua rakyat negara tersebut berasal dari rumpun yang sama. Malah Tunku menunjukkan sikapnya dengan perbuatannya sendiri. Ini jelas terbukti semasa pemuda UMNO menawan Kedutaan Indonesia. Tunku telah didesak supaya memijak lambang negara Indonesia tetapi Tunku berkeras enggan  melakukannya. Tunku menegaskan bahawa lambang itu merupakan kedaulatan Indonesia, bkannya lambang Soekarto. Jika lambang itu dijadikan sasaran sudah tentulah rakyat Indonesia akan mentafsirkannya sebagai rasa permusuhan rakyat Malaysia terhadap mereka. Seyerusnya jika lambang itu diusik, maka sudah tentulah rakyat Indonesia akan membenci rakyat Malaysia.

             Bapa Perpaduan Malaysia ini telah membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin yang berwibawa. Tunku merupakan seorang tokoh yang mempunyai perwatakan dan keperibadian tersendiri serta istimewa yang sukar ditandingi. Tunku Abdul Rahman telah menunjukkan bakat kepimpinannya sejak menjadi Pegawai Daerah. Beliau sentiasa prihatin terhadap insan lain serta memperbaiki mutu kesihatan penduduk- penduduk di luar bandar yang diserang penyakit malaria dan membela nasib pemandu teksi di Sungai Patani. Beliau juga sanggup menghantar misi pendamai dan keamanan ke Congo, Afrika yang dilanda perang saudara 1961.

              Beliau berusaha menyatu padukan rakyat yang berbilang kaum dalam usaha menentang British dan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Beliau juga berusaha meningkatkan status ekonomi rakyat dan negara. Beliau turut dikenali sebagai “ Bapa Keamanan dan Perpaduan”. Ketegasannya dalam membantah pengiktirafan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai parti sah sewaktu rundingan Baling membolehkan negara kita bebas daripada ancaman atau pengaruh komunis. Kegigihan, keberanian dan ketegsan beliau telah membebaskan negara kita daripada belenggu penjajah. Rakyat seharusnya berasa kagum dengan matlamat hidupnya yang begitu mulia dan menghargai kesanggupannya mengorbankan masa-masnya yang berharga bagi membentuk negara yang merdeka.

              Sikap pandangan jauh Tunku ini terkadang-kadang payah henak dimengertikan oleh rakyat. Hanya setelah beberapa lama baharulah mereka akan mengetahui dan memahami akan tindakan dan tujuan sebenar Tunku. Memang inilah yang selalu dihadapi oleh Tunku semasa beliau memimpin negara. Fikirannya atau pandangannya terlalu jauh kedepan sehinggakan sukar untuk difahami dan dimengertikan oleh orang lain.Pendeknya memanglah banyak buah fikiran atau idea yang Tunku selalu utarakan yang boleh menimbulkan salah faham. Kebenaran atau manfaatnya selalunya hanya dapat dinikmati dan diketahui dalam beberapa tahun selepas itu. Inilah antara keseronokan Tunku apabila mengenangkan telatah mnusia tenatng sumbangannya terhadap negara, nusa dan agama. Memang dalam banyak hal, Tunku telah mamandang jauh ke depan lebih dulu sebelum orang lain dapat mengetahui manfaat atau ertinya beberapa tahun kemudiannya.

5. KERJAYA
             Tunku dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1957. Beliau turut memegang portfolio Menteri Dalam Negeri. Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau pernah memegang beberapa jawatan lain. Kerjayanya bermula pada 10 Disember 1931 apabil beliau berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala, Padang Terap, Kuala Nerang, Sungai Petani dan Kulim,Kedah. Pada tahun 1940, Tunku menjadi Timbalan Pengarah Keselamatan Awam Kedah. Pada tahun 1943, beliau telah dilantik menjadi Penyelia Pelajaran Kedah. Tunku juga pernah bertugas sebagai pendakwaraya di Perkhidmatan Kehakiman Kuala Lumpur. Pada tahun 1955, Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Penglibatan beliau dalam bidang politik tamat apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 22 September 1970.

6. SUMBANGAN BELIAU

 6.1. BIDANG PENULISAN


Tunku merupakan seorang penulis yang berbakat. Karya beliau mampu menarik perhatian orang ramai. Walaupun pada masa Tunku bersara ketika berumur 85 tahun, beliau masih bergiat cergas malah semakin aktif dalam bidang penulisan seperti ruangan Looking Back dan As I see dalam akhbar The Star.Sepanjang 16  September 1974 hingga 16 Ogos 1975,Tuanku telah menghasilkan sebanyak 53 artikel dalam ruangan Looking Back.Pada tahun 1969,Tuanku telah menghasilkan bukunya yang pertama,
iaitu May 13, Before and After. Selepas itu, beliau meneruskan penulisannya dalam akhbar The Star melalui ruangan baru, iaitu As I See It. Artikel-artikel yang beliau hasilkan dalam akhbar adalah berkenaan masyarakat dan menghasilkan Viewpoints (1970), Looking Back (1977), As Matter of Interest (1981), Something to Remember (1983), Less We Forget dan Contemporary Issuus n Malaysia Politics (1984)Challenging Times (1986) dan Political Awakening (1986). Semua hasil tersebut adalah tentang isu-isu semasa.

 6.2. KESENIAN

Tunku juga berminat dalam bidang seni dan kebudayan negara. Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau bercita-cita menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kebudayan. Pada 27 Ogos hingga 30 Ogos 1969, beliau telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Drama dan Muzik Tradisional Asia Tenggara dengan tujuan menonjolkan Kebudayaan Melayu di mata dunia. Tunku telah menghasilkan tiga karya yang kemudiannya difilemkan, iaitu “Mahsuri”, “ Raja Bersiung” dan “ Sumpahan Mahsuri”. Filem Malaysia yang ditayangkan adalah untuk mengutip derma bagi tabung Tugu  Peringatan Rosli Dhobie.

6.3 PERINGKAT ANTARABANGSA

             Tunku memang memasuki arena politik jauh lebih lewat daripada Soekarno. Malah bolehlah dikatakan bahawa Tunku sebagai seorang new comer dalam arena ini jika dibandingkan dengan Soekarno. Sungguhpun demikian ternyata tunku masih juga dapat bercatur politik di arena antarabangsa dengan cepatnya, dan pada ketika-ketikanya lebih mengagumkan, khususnya apabila Tunku menonjolkan isu anti Apartied Afrika Selatan di persidangan komanwel. Dengan pengusiran Afrika Selatan daripada pertubuhan tersebut, maka seluruh dunia mengutuk dasar Afrika Selatan. Dengan isu tersebut Tunku menaiki tangga kejayaan politik dunia sehingga Tunku dapat meletakkan nama negara Malaysia di peta dunia. Di sesetengah negara, khasnya di Benua Afrika dan Asia Barat, nama Tunku memang cukup dikenali sebagai seorang hero dan wira menentang perbezaan warna kulit.Di sesetengah negara nama Tunku lebih dikenali daripada negara ini sendiri.

             Dalam perjuangan menentang perbezaan warna kulit, rasanya seorang pun dalam zaman politik moden ini tidak dapat dibandingkan dengan Tunku. Presiden Abraham Lincoln membuat peristiharan pembebasan abdi di Amerika Syarikat dalam tahun 1863 dan peristiharan itulah yang menjadikannya sebagai negarawan dunia, sedangkan Tunku Abdul Rahman pula dalam tahun enam puluhan berjaya menyingkirkan Afrika Selatan daripada Komanwel kerana dasar apartied negara tersebut. Dengan sikapnya itu, maka Tunku telah menjadi hero menentang perbezaan wanra kulit dalam masa usia politiknya yang masih muda.

             Pada 31 Julai 1961, Tunku telah mengasaskan ASA (Assosiation of South East Asian States) yang terdiri daripada Tanah Melayu, Filipina dan Negara Thai. Pada 11 Julai 1962, MAPHILINDO yang dianggotai oleh Indonesia, Malaysia dan Filipina dibentuk. Akan tetapi, persatuan ini tergugat apabila Malaysia menghadapi konfrontasi dengan Indonesia dan Filipinasebaik sahaja Malaysia diisytiharkan. Ketika berusaha menyelesaikan masalah tersebut, Tunku dihampakan apabila Singapura memutuskan untuk keluar daripada Persekutuan Tanah Melayu pada 9 Ogos 1965. Tunku berjaya mengatasi konfrontasi tersebut melalui perjanjian dengan Indonesia pada 2 Jun 1966 dandengan Filipina pada 3 Jun 1966. Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung Pertama pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) olej Raja Faizal dari Jeddah.

              Tunku telah menunjukkan kebijaksanaan dan kehandalan beliau dalam memainkan peranannya digelanggang politik antarabangsa dengan menimbulkan dan menarik pandangan dunia pada sesuatu masalah yang besar yang mesti dihadapi bersama oleh seluruh kerajaan di negara-negara di dunia ini. Salah satu daripada kejayaan- kejayaan Tunku ialah tindakan yang keras dan tegas beliau dalam isu apartied. Langkah yang dipelopori oleh Tunku itu telah disambut dengan hangat oelh negara-negara lain sehingga menyebabkan Afrika Selatan dipecat daripada anggota Negara-Negara Komanwel. Setelah persoalan ini dibawa ke Bangsa-bangsa Bersatu negara afrika Selatan telah dikecam dan dikutuk oleh semua negara yang berpegang kepada hak-hak asasi manusia. 

 6.4. PERKEMBANGAN ISLAM

            Tunku telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di negara kita malah mengharumkan nama negara di persada dunia. Beliau banyak melibatkan diri dalam penganjuran Pertandingan Membaca Al-Quran. Menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) pada Ogos 1960. Atas kebolehan dan daya usaha gigihnya beliau berjay meletakkan PERKIM sebagai sebuah pertubuhan yang terkemuka dan dihormati oleh semua umat Islam. Tunku Abdul Rahman adalah seorang pejuang kemanusiaan yang tulen. Beliau telah membenarkan PERKIM cawangan Kedah menggunakan tanah kepunyaannya untuk membina rumah anak-anak yatim dan orang tua yang diberi nama Darul Aliam Wal Masalan Tunku Abdul Rahman Putra.

            Sebagai pemimpin PERKIM, beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarian Kemboja yang memasuki Malaysia melalui Kelantan pada tahun 1975. Dengan bantuan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, beliau telah berjaya menempatkan seramai 4500 orang pelarian di Pengkalan Chepa dan Cheranting. Pada 18 Januari 1980, beliau telah dilantik menjadi Presiden ‘Regional Islamic Council for South East Asia and The Pacific’ (RISEAP) yang pertama oleh perwakilan di Persidangan Negara-negara Islam. Atas segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan, beliau mendapat penghargaan dari Pakistan dengan Anugerah Hadiah Hijrah pada Mac 1983 dan Anugerah Al-Malik Faizal dari Arab Saudi pada tahun yang sama. 

              Tunku jugalah pemimpin Islam yang telah mencetuskan idea supaya diadakn Pertubuhan Negara-Negara Islam bagi menjaga kepentingan negara-negara dan umat Islam. Cadangan Tunku itu sungguhpun telah memakan masa yang panjang untuk menjadi kenyataan, tetapi dapat dilaksanakan dengan tertubuhnya Sekretariat Islam baru-baru ini.

 6.5 UMNO

             Zaman pendudukan Jepun telah benar-benar melahirkan semangat kebangsaan di jiwa Allahyarham. Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah salah seorang yang hadir ketika Kongres Melayu Se Malaya yang telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada tahun 1946. Pada tahun 1949, Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi pengerusi UMNO bahagian negeri Kedah. Apabila Dato' Onn bin Jaafar kkeluar dari pertubuhan UMNO sebagai presiden untuk menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya, Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dipilih dengan sebulat suara yang terbanyak bagi mengisi kekosongan sebagai Yang Dipertua Agong UMNO pada 26 Ogos 1951.

             Sungguhpun beliau telah lama bercita-cita hendak meninggalkan jawatan kerajaan, untuk berkhidmat kepada rakyat tetapi tidak berapa hari sebelum tarikh yang bersejarah itu Tunku masih belum dapat menentukan pendirian beliau sama ada menerima atau tidak pencalonan sebagai Yang Dipertua Agong UMNO. Setelah dipujuk oleh Datuk Razak dan En. Bahaman bin Shamsuddin baharulah beliau bersetuju untuk menerima pencalonan sebagai Yang Dipertua Agong UMNO. Sebagai seorang pemimpin beliau terpaksa mengorbankan masa bersama dengan isteri dan anak-anak di rumah. Beliau sering bertandang ke kampung-kampung yang teruk untuk melihat keadaan rakyat sehinggakan beliau mengorbankan segala kkesenangan behkan kesihatanya kerana tidak ingin memgecewakan rakyat.

              Sejak mengambil alih kepimpinan UMNO dari Dato' Onn, Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mewujudkan satu kerjasama dengan MCA dengan menubuhkan Perikatan pada tahun 1952. Sejak itu Perikatan menjadi badan dominan yang memperjuangkan kemerdekaan sehinggalah negara telah memperolehi kebebasan mutlak apabila Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membacakan pengistiharan Kemerdekaan pada pagi 31 Ogos 1957 yang kini disambut setiap tahun sebagai Hari Kebangsaan iaitu Hari menyambut Kemerdekaan.

              Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga telah membuktikan kenegarawanan beliau apabila Parti Perikatan telah dihasilkan bersama-sama dengan MCA dan kemudian disertai pula oleh MIC. Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menegaskan bahawa kemerdekaan hanya akan dicapai melalui kerjasama di antara tiga kaum yang utama iaitu Melayu, Cina dan India. Kewibawaan Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai seorang pemimpin lebih  terserlah apabila hasil daripada rundingan Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan pihak British telah membawa kepada pilihanraya yang pertama pada 31 Ogos 1955 dan Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga telah dilantik menjadi Ketua Menteri. Di antara usaha beliau yang penting adalah cubaan menyelamatkan negara dari ancaman komunis semasa darurat dengan memberi tawaran pengampunan beramai-ramai sekiranya pengganas menyerah diri. Ini diikuti oleh Rundingan Baling pada 27 dan 28 Disember 1955 antara PKM dan kerajaan tetapi menemui jalan buntu.

             Tunku juga telah membawa Tanah Melayu ke arena antarabangsa dengan menyertai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Komanwel, mengambil dasar anti- apartheid dan menyokong perjuangan rakyat Palestin serta Congo. Pada September 1963, Tunku telah menjadi bapa kepada sebuah lagi negara baru, Malaysia, apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah).

             Selain itu, Tunku juga telah memulakan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) pada tahun 1961; menggabungkan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina. Gabungan ini kemudian telah dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan yang lebih besar iaitu Association of Southeast Asian Nations (Asean) pada 1967. Era pentadbiran Tunku merupakan zaman penuh pancaroba dan pancawarna, dan tentunya tidak semua berjalan lancar seperti yang diharapkan. Krisis-krisis seperti Konfrontasi Indonesia, perpisahan Singapura, peristiwa 13 Mei dan Darurat 1948-1960 telah menggegarkan seluruh negara, namun Tunku berjaya melaluinya dengan kebijaksanaan,kesabaran, toleransi yang tinggi serta peri kemanusiaan.

             Pada May 1961, Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga bertanggungjawab dalam menyarankan gagasan Malaysia - merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Borneo Utara (kemudian dikenali sebagai Sabah) dan Brunei. Kesemuanya kecuali Brunei telah menyertai gagasan tersebut dan Malaysia terbentuk  pada 16 September 1963, satu gagasan persekutuan yang terdiri dari Tanah Melayu,Singapura, Sabah dan Sarawak. Walaubagaimanapun beliau dengan berat hati kemudiannya telah menyingkirkan Singapura dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tindakannya adalah didasarkan kepada anggapannya bahawa Singapura adalah 'barah  yang harus dibuang' demi mengelakkan kacau-bilau politik merebak ke seluruh negara.

             Akhirnya, pada 21 September 1970 tamatlah satu era apabila Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bersara dari jawatan Perdana Menteri Malaysiadan menerima pelawaan Raja Faizal dari Jeddah untuk menjadi Setiausaha Agung Seketariat Islam di Jeddah. Pada Perhimpunan Agung UMNO ke 22 pada 23-24 Januari 1971 Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meletakkan jawatan Yang DiPertua UMNO dan Tun Razak disahkan sebulat suara sebagai penggantinya.

  7. KEJAYAAN TUNKU

              Rakyat menyanjung tinggi Tunku kerana mencapai begitu banyak kejayaan dan menyumbang kepada keamanan dan kemerdekaan negara serta penyatupaduan rakyat. Sebelum mencapai kemerdekaan, Tunku sudah yakin bahawa beliau perlu menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan untuk mencapai kemerdekaan dan menyatupadukan rakyat. Ini menyebabkan rakyat berasa terhutang budi dan mengaguminya. Setelah dilantik menjadi presiden UMNO, beliau berikhtiar untuk mendapatkan kemerdekaanbagi Tanah Melayu. Tetapi, cabaran yang terpaksa dihadapinya ialah untuk menyatupadukan parti-parti kaum yang lain bagi mencapai tujuan ini.

              Oleh itu, dia membentuk Parti Perikatan dengan menggabungkan UMNO-MCA. Cadangan ini berjaya dan membolehkan Parti Perikatan memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952 dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi Kejayaan yang menakjubkan ini menarik perhatian MIC untuk menyertai gabungan ini. Tahun 1955 merupakan tahun yang menjadi ujian sebenar bagi Tunku Abdul Rahman. Parti Perikatan perlu memenangi pilihan raya kali ini untuk membuktikan kepada kerajaan British bahawa tanah air kita yang terdiri daripada berbilang kaum sudah sedia untuk merdeka. Tunku telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pilihan majoriti. Beliau membuat lawatan ke hampir seluruh Tanah Melayu tanpa mengira penat dan lelah. Akhirnya beliau berjaya melepasi rintangan ini dengan memenangi pilihan raya itu. Beliau seterusnya mengetuai Rombongan Kemerdekaan ke London pada tahun 1956 untuk mendapatkan untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.

               Beliau berjaya mendapatkan persetujuan British dan 31 Ogos 1957 ditetapkan sebagai tarikh kemerdekaan. Selepas kejayaan ini, beliau mendapat perhatian masyarakat di seluruh dunia, terutamanya media massa. Pada 27 Mei 1961, Tunku telah mengemukakan cadangan untuk menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei bagi membentuk sebuah negara yang bernama Malaysia. Idea tersebut mendapat sokongan dari negara-negara tersebut kecuali Brunei. Pada 6 Januari 1962, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan British telah menubuhkan Suruhanjaya Cobbold bagi meninjau reaksi dan pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia. Akhirnya Malaysia dibentuk pada 16 Julai 1963 dengan menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.

 8. ANUGERAH YANG DIPEROLEH OLEH TUNKU

Pelbagai anugerah telah diterima oleh beliau daripada universiti-universiti seperti Universiti Malaya, Universiti Sydney, Universiti Araneta dan Universiti India. Beliau juga menerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Oxford, England pada tahun 1970, Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang dari Universiti Cambridge (1970) dan Ijazah Kehormat Pentadbiran Awam dari Universiti Prince of Songkhla, Thailand (1977). Beliau juga menerima penghormatan dalam bentuk pangkat dan darjah-darjah kebesaran sama ada dari dalam mahupun dari luar negara. Ini termasuklah pangkat- pangkat seperti Order of Istiqqlal, Maghribi pada tahun 1957, Darjah Utama Negeri Kedah pada tahun 1958, Order of Kim Khanh, Vietnam (1958), Seri Paduka Mahkota Brunei (S.P.M.B) dan Grand Cross of the Order of the Crown dari Belgium Order of Sikatuna dari Filipina (1959), Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Kelas Pertama), Anugerah Ramon Magsaysay dari Filipina (1960), Knight Grang Cross of the Most Illustrios Order of Chula Chom Klao dari Thailand (1962), Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) dan Grand Cross of the Royal Order of Sahametrai dari Kemboja.

9. TUNKU SEORANG NEGARAWAN

             Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah seorang negarawan berjiwa rakyat yang lahir di sebuah istana raja. Sebagai seorang putera raja, Tunku memepunyai karisma yang sangat unik. Beliau tidak dapat dibandingkkan dengan pemimpin-pemimipin dunia yang lain, khsnya dalam kalangan pemimipim-pemimipin dari negara-negara yangbaru muncul dan merdeka selepas Perang Dunia Kedua. Di Asia, pemimpin seperti Presiden Soekarno, Presiden Ayoub Khan dan Presiden Sheikh Mujibul Rahman telah turun dari jawatan masing-masing baik secara paksa ataupun terkorban. Di India, Nehru sendiri membawa jawatannya ke liang lahad. Di Afrika pula, pemimpin-pemimpin seperti Nkrumuh, Abu Bakar Tafewa dan lain-lain kebanyakannya memegang atau meregang kuasa hingga dijatuhkan, dikorbankan atau meninggal dunia. Tidak juga sebenarnya dapat dicari perbandigan dengan Tunku. Di Negara-negara bertamadun, kahsnya Amerika Syarikat, pemimpin-pemimpin seperti George Washington dan Franklin D. Rooselvet mati sebelum tamat tempoh perkhidmatan masing-masing. Sementara Presiden de Gaulle pula turun dari jawatannya selepas namanya dicemarkan.

             Kewibawaan Tunku rasanya hanya boleh disamakan dengan Sir Winston Churchill. Kedua-duanya mempunyai banyak persaman misalnya kedua-duanya dating daripada lingkungan diraja. Kedua-duanya mempunyai “sense of humor”. Kedua-duanya meninggalkan jawatan dalam masa nama masing-masing masih harum dalam kalangan rakyat.Tunku memimpin Negara selama 15 tahun iaitu satu era yang panjang bagi seseorang pemimipin. Sir Winston Churchill bermula sebagai wartawan, manakala Tunku pula masuk kke dunia kewartawanan selepas bersara. Pendeknya kedua-duanya sentiasa dalam lubuk hati rakyat yang dipimipinnya dulu. Lagi lama mereka meninggalkan awatan, lagi banyak kebaikan yang mereka zahirkan.

             Tunku mempunyai beberapa kualiti istimewa semulajadi. Amalan hidupnya seperti rakyat biasa bukanlah direka-reka. Kualiti itu sentiasa bersemadi dalam jiwa Tunku sejak kecil lagi. Kualiti itu memberikan harapan masa depan rakyat. Sokongan dan harapan rakyat serta keputusan pilihanraya pertama 1955 merupakan mandat yang mutlak kepada Tunku. Sebagai seorang putera raja, maka kedudukan Tunku memberikan keyakkinan kepada Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu. Baginda Raja-Raja Melayu yakin bahawa kemerdekaan tidak akan menjejaskan kedudukan Raja-Raja Melayu. Perjuangan Tunku untuk menyatukan rakyat dan mendapat sokongan mereka boleh dikatakan lebih senang daripada mendapatkan keyakinanan Raja-Raja Melayu. Kemerdekaan bermakna memberi kuasa kepada rajyat dan sebaliknya bagi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu merupakan perpisahan tradisi iaitu menyerahkan kuasa kepada rakyat.

             Raja-Raja Melayu pada zaman dulu mempunyai kuasa eksekutif. Dalam proses politik moden, maka Raja-Raja Melayu diasuh untuk berkongsi kuasa dengan rakyat. Dengan adanya proses kewibawaan serta kebijaksanaan Tunku menghadapi proses perubahan itu, maka soal Raja-Raja Melayu tidak mahu berkongsi kuasa dengan rakyat tidak lagi timbul. Malah pihak Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan bersetuju berkongsi kuasa dengan rakyat dibawah Perlembagaan Merdeka. Detik sejarah perjuangan Tunku ini hendaklah diserap dan dipindahkan ke jiwa rakyat dari satu  generasi ke satu generasi supaya perjuangan tidak tergelincir dari landasan.

              Dalam arena politik, soal kebolehan dan kebijaksanaan seseorang merupakan soal kedua. Soal yang pertama dan penting sekali ialah kepercayaan rakyat kepada seseorang pemimpin, kepercayaan yang khususnya dinilai dari segi integriti dan kredibiliti. Tunku bersara dalam keadaan yang tenang dan kesihatan yang baik serta fikiran yang masih segar. Timbul rasa cemburu dalam kalangan pemimpin pemuda kerana pengaruh Tunku yang tidak luntur. Mereka bimbang Tunku akan menerima dan tunduk kepada rakyat untuk memimpin semula dan mereka bimbang kepada stail Tunkku yang tersendiri.

              Selepas Tunku bersara golongan yang bimbang itu mencipta pula satu gimik “order lama”. Gimik ini sebenarnya bertujuan hendak memisahkan Tunku dengan pengikut-pengikut baru Tun Razak. Mereka lupa bahawa Tun Razak juga adalah seorang rakan seperjuangan Tunku sendiri. Gimik ini “order lama “ dan “order baru” bukanlah satu gimik baru yang tulen tetapi sebenarnya berpunca dari Indonesia semasa Presiden Soekarno digulungkan dan digantikan oleh Jeneral Suharto. Denagn lahirnya gimik baru dan lama ini dalam kalangan UMNO, maka mulalah timbul riak perbezaan fikiran antara ahli-ahli UMNO pramerdeka dengan ahli-ahli UMNO yang muda. Gimik sedemikian tidak dapat diterima dalam UMNO. Sudah bertahun-tahun UMNO hidup dan akan terus hidup. UMNO memang tidak bergerak atas landasan satu-satu gimik sebaliknya ia berkembang subur atas keperibadian dan identitinya yang tersendiri. Tidak hairanlah kalau Tunku menganggap perbuatan mengada-adakan gimik sebagai kebudak-budakan sahaja. Kepercayaan rakyat terhadap Tunku sebenarnya tidak pernah luntur. Semakin lama Tunkku meninggalkan kerajaan semakin ramailah rakyat menyedari akan kebenaran dan kejujuran perjuangan Tunku. Kesayangan rakyat terhadap Tunku semakin bertamabh menjelang Tunku menyambut hari keputeraan yang ke-80 pada tahun 1983.

             Sambutan penulis-penulis tanah air mengenai perjuangan Tunku ini menepati pepatah ‘orang mengantuk disorongkan bantal’ keran dulu memang kerap para penulis bercanggah pendapat mengenai Tunku. Pendeknya keperibadian dan karisma Tunku akan sentiasa memberi ilham dan topic kepada para penulis. Kemuncak penghargaan kepada Tunku tiba pada maalm Barisan Nasional mengadakan perayaan secara besar-besaran bagi menyambut hari keputeraannya. Jamuan makan malam yang disulami ucapan- ucapan serta filem dokumentari itu membawa kembali para hadirin yang bersam Tunku dulu kebeberapa sudut penting perjuangan Tunku. Ramai juga yang berasa seolah-olah  berada dalam zaman perjuangan kemerdekaan dan era pemerintahan Tunku.

              Sebagai seorang pengasas kemerdekaan, Tunku sudah tentulah merupakan ‘the happiest statement’ kerana Tunku sendiri dapat melihat tiga orang Perdana Menteri yang mewarisi perjuangannya iaitu Tun Razak, Tun Hussein Onn dan dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad. Tiga puluh satu tahun yang lampau apabila Tunku memulakan kerjasama pilitik UMNO-MCA bagi mengahdapi pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur, terjalin satu perkahwinan politik yang melahirkan Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional dan tanpa disedari Tunku sebenarnya tealh meletakkan asas kerjasama politik sepanjang suku abad ini. Keberanian Tunku mencipta kerjasama ini tidak boleh  dipertikaikan.

              Pada waktu kaum-kaum di Negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Selat kuat konfrontasi, usaha kea rah kerjasama antara kaum adalah satu perkara yang merbahaya bagi seorang pemimpin yang bergantung kepada sokongan ramai menganjurkannya tetapi 'the charm and the personality of the Tunku won over everyone'.Hari ini kita lihat bertapa langkah Tunku merupakan langkah yang bijak. Sementara di Negara-negara lain di mana penduduknya terdiri daripada berbagai kaum, ketenteraman dan pembangunan diganggu sepanjang masa kerana sengketa kaum. Di Malaysia perselisihan faham antara kaum dalah minimum. Kestabilan politik dan ketenteraman di Malaysia adalah hasil yang terbesar dalam usaha Tunku. Sealgi parti campuarn yang diasaskan oleh Tunku dalam tahun 1952 berkuasa, dasar dan prinsip perjuanagn Tunku akan dikekalkan.

             Tunku telah menjadi salah seorang yang tokoh yang terpenting dalam sejarah moden Malaysia. Kejayaan belaiu dan kemampuan melibatkan diri secara langsung dalam pilitik Negara kita selama hampir suku abad, sebagai Presiden UMNO, Pengerusi Periaktan, Ketua Menteri dan Perdana Menteri tealh menyebabkan penciptaan saty zaman tersendiri dalam sejarah Malaysia, zaman yang penuh dengan cabaran, zaman yang memulakan satu lagi babk baru dalam sejarah Negara kita. Oleh kerana itu apabila menghargai dan mengingati Tunku kita sebenarnya menghargai dan mengingati sejarah bengsa dan Negara kita. Dan bagi suatu bangsa yang bertekad untuk terus maju dan kukuh, mengingati serta mempel;ajari sejarah amatalh penting, kerana ia adalah contoh dan teladan. Sejarah membentangkan kepada kita peristiwa suka-duka dn kegagalan serta kejayaan masa lalu. Sejarah juga menjelaskan kepada kita bahawa dunia dan kehidupan manusia terus berubah. Pemimpin akan silih berganti, pergi dan dating, perubahan juga tiada siapa yang dapat menahan. Yang perlu kita lakukan ialah menjalankan ikhtiar supaya perubahan itu dapat dikawal dan dibentuk, sesuai dengan kehendak dan keperluan  kita, satu bangsa yang merdeka dan bermaruah.

             Dalam zamannya Tunku telah menjadi pemimpin gigih yang meneruskan perjuangan kebangsaan yang telah dimulakan menjelang perang dunia kedua dulu. Di bawah pimpinannya maruah dan kemerdekaan Negara dapat ditebus kembali. Sesudah itu, sebagai tokoh politik dan negarawan, Tunku memulakan langkah mengisi kemerdekaan. Lagi sekali di bawah pimpinannya, asas dan infrastruktur yang kukuh bagi menegakkan sebuah Negara moden yang maju, telah dapat dibina. Perjuangan Tunku selepas beliau berpindah ke Kuala Lumpur dan memasuki arena nasional. Perjuangan Tunku bermula lebih awal daripada itu sebenarnya sebelum perang dunia kedua. Setelah kembali ke tanah air selepas ke United Kingdom untuk belajar, Tunkku telah menceburkan diri dalam usaha menolong rakyat. Pada waktu masih kecil nama Tunku sudah pun terkeknal dalam kalangan rakyat Kedah sebagai seorang anak raja yang bersimpati dan dekat dengan rakyat.

              Pada waktu kita menentang Malayan Union, petisyen yang dihantar kepada Kerajaan British oleh Kesatuan Melayu Kedah, Seberkas dan Kesatuan Pemuda Melayu Kedah ditulis oleh Tunku sendiri. Aktiviti politik pada waktu Tunku masih berkhidmat dengan Kerajaan Kedah tidak menyenangkakn beberapa pihak tapi kepada rakyat,penyertaan Tunku dalam perjuangan rakyat amatlah dihargai. Oleh itu, memanglah kena pada tempatnya apabila TUnku dijemput untuk menjadi Yang Dipertua UMNO selepas UMNO kehilangan ketua. Langakh ini merupakan langkah yang terpenting sekali dalam sejarah Malaysia. Sebagai tanda penghargaan kita yang paling bererti ialah menjadikan kewajipan serta tanggungjawab kita, khususnya para pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional untuk memastikan supaya asas dan infrastruktur yang telah dibina oleh Tunku akan terus kukuh dan kekal.

            Sekiranya berlaku keretakan atau kerosakan di mana-mana, maka perlualh kita perbaiki dengan mesyuarat dan muafakat bersama. Adalah menjadi kewajipan kiat juga untuk menentang habis-habisan barangsiapa juga yang hendak merosakk dan merobohkan asas dan infrastruktur nasional ini. Salah satu musuh yang paling besar ialah kata-kata, kegiatan dan tindakan yang boleh menyalakan api perkauman dan yang bertentangan dengan kekpentingan nasional. Tunku tidak pernah bermain-main dengan politik, apalagi politik perkauman. Maka kita janganlah cuba-cuba untuk bermain politik untuk kepentingan diri dan kelompok, untuk memprtahankan kekuasaan dan memperkayakan diri sendiri. Yang teramat mulia tunku adalah seorang putera Malaysia yang tulen. Cita-cita beliau dan tindak-tanduk beliau sentiasa mengutamakan kepentingan nasional, lebih daripada kepentingan sempit untuk kaumnya sendiri sahaja. Beliau tidak pernah merasa takut dan sentiasa menerima apa juga kritik dan hukuman, demi untuk perjuangan bangsa dan tanah airnya. Hidupnya sentiasa sederhana, kesenangan dan kebahagiaannya ialah kehidupan dan kebahagiaannya ialah kehidupan yang harmoni, aman dan damai. Inilah antara warisan yang paling berharga ditinggalkan kepada kita apabila beliau dengan senang hati mengucapkan selamat tinggal kepada kegiatan politik  secara langsung.

             Malaysia bertuah mendapat seorang anak watan yang telah menjadi penganjur dan pemimpin dan mempunyai sifat-sifat seorang ketua yang ikhlas, jujur dan bijaksana. Tunku telah muncul pada saat yang penting dalam sejarah perjuangan bangsa kita. Semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh Tunku telah dapat menimbulkan kesedaran dan keinsafan pada segenap lapisan rakyat jelata dan mereka telah memberikan sokongan  dan berjuang bersama-sama Tunku sehingga tercapai azamdan cita-cita mereka untuk menjadikan satu bangsa yang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan mana-mana bangsa dalam dunia ini. Kemashyuran nama Tunku bukan sahaja di negara ini bahkan telah tersebar diseluruh penjuru alam. Hal ini telah terbukti dengan jelasnya di sesetengah-sesetengah negara asing, di mana terdapat rakyatnya lebih dulu mengenali nama Tunku daripada nama negara Malaysia.

             Ringkasnya Tunku telah memainkan peranan beliau sebagai seorang negarawan antarabangsa yang memperkenalkan Malaysia ke seluruh dunia dan mengharumkan nama negara kita sekalipun ianya sebuah negara kecil. Dengan kejayaan Tunku memainkan peranan antarabangsa dengan cara yang bijak itu, Malaysia telah menjadi sbuah negara  yang berkesan yang di hormati di kalangan bangsa-bangsa di dunia ini.

 10. PROSES MENUNTUT KEMERDEKAAN

              Kejayaan cemerlang dalam pilihan raya Persekutuan pada tahun 1955 memang menjulang tinggi nama Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin penting dalam politik Persekutuan Tanah Melayu. Pertemuan Tunku dengan Donald MacGillivary pada hari Ahad 31 Julai 1955, merupakan langkah pertamanya dalam proses mununtut kemerdekaan. Inilah langkah pertama Tunku sebagai pemimpin Perikatan meminta kuasapemerintahan daripada kerajaan British. Namun setelah berbincang selama dua jam setengah Tunku gagal untuk membincangkan kuasa veto Pesuruhjaya Tinggi dan pelantikan Suruhanjaya Bebas untuk mendraf perlemagaan. Keinginan Tunku untuk membolehkan Perikatan campur tangan dalam pentadbiran secepat mungkin, seperti yang dijanjikanya dalam pilihan raya yang lepas tidak kesampaian.

              Bagi Tunku mandat yang diterima daripada rakyat ialah mencapai kemerdekaan atau keluar daripada kerajaan. Kata-kata Tunku yang cukup bersemangat itu disambut dengan jeritan ‘ Merdeka ‘ oleh penyokong Perikatan. Ini merupakan demontrasi yang menunjukkan kekuatan dan kepimpinan Tunku. Keadaan ini menyebabkan Lennox Boyd berbincang dengan raja-raja Melayu tentang tuntutan Perikatan itu. Pada bulan September 1955, raja-raja melayu telah mengeluarkan persetujuan mereka untuk mengizinkan kehendak Perikatan bagi meminda Perjanjian Persekutuan 1948. Bagaimanapun, mereka tidak setuju hanya perikatan yang akan berunding dengan kerajaan British. Raja-raja Meleyu juga mendesak untuk menghantar wakilnya. Raja-raja Melayu mencadangkan rombongan itu dianggotai oleh tujuh orang wakil iaitu empat orng wakil Raja-raja melayu dan tiga dari Perikatan dan Peguam Negara sebagai penasihat. Perikatan telah menolaknya kerana tidak mahu diperlakukan sebagai kumpulan mioritiseperti dahulu. Persetujuan dicapai dengan melantik empat wakil daripada Raja-raja Melayu dan empat wakil dari Perikatan.

11. ROMBONGAN MERUNDING KEMERDEKAAN DI LONDON

             Pada 1 Januari 1956, rombongan Perikatan yang terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Dato’ Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail, H.S Lee, T.H Tan dan Abdul Kadir Shamsudin telah menaiki kapal M.V. Asia di Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura.Bersama-sama dengan Tunku ialah dua orang wakil raja-raja Melayu iaitu Dato’ Nik Ahmad Kamil dan Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid, Menteri Besar Selangor, dan Dato’ Haji Wahab, ketua rombongan raja-raja Melayu menaiki kapal terbang bersama-sama dengan Dato’ Mohd Seth dua hari selepas itu. Rombongan Tunku Abdul Rahman dihantar dengan meriah sekali dari Raffles Hotel, tempat penginapannya di Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pagar.

               Kapal yang dinaiki oleh Tunku dan rombonganya telah singgah di Ceylon (Sri Lanka),India dan Pakistan. Di Karachi, Pakistan , Tunku dan rombonganya telah mendarat untuk berehat beberapa hari . Tunku menjejakkan kakinya ke bumi London,England pada 13 Januari 1956. Manakala rundingan kemerdekaan berlangsung selama hamper tiga minggu dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Dalam ucapan pembukaanya pada pagi 8 Januari di Lancester House, Setiausaha Tanah Jajahan, Lennox Boyd , telah mengalu-alukan kedatangan Tunku dengan rombonganya dengan ramah sekali. Bagi beliau rundingan itu adalah sebuah janji yang telah dibuat dalam Perjanjian Persekutuan 1948 diantara British dengan raja-raja Melayu. Selesai ucapan, diikuti pula dengan perbincangan terbuka antara rombongan Merdeka Persekutuan Tanah Melayu dengan Pejabat Tanah Jajahan. Pebincangan berkisar pada beberapa perkara iaitu soal pertahanan dan keselamatan, perkhidmatan awam, dan perubahan perlembagaan.

            Pembentukkan Suruhanjaya Bebas seperti yang dikehendaki , Perikatan telah meletakkanya sebagai tajuk kecil di akhir perbincangan. Kesemua hal ini telah difahami oleh kedua-dua pihak sejak tahun 1954, sewaktu pilihan raya tahun 1955 hendak dijalankan. Perkara ini hanya pengulangan terhadap penekananya. Perbincangan itu hanya berlangsung selama dua hari. Tunku memudahkan perbincangan dengan sikapnya yang tersendiri. Keadaan ini telah memberi ruang yang banyak kepada pihak British melaksanakan cadanganya yang telah disediakan sebelum kedatangan rombongan  merdeka. Britain telah menyiapkan ‘Memorandum of United Kingdom’.

            Tunku setuju dengan cadangan pihak British supaya dibentuk jawtankuasa- jawatankuasa bagi memperincikan perlembagaan. Sementara itu Tunku mengadakan mensyuarat sehari dengan Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan di Church House berkenaan dengan hal-hal pentadbiran semasa. Pada 2 Februari 1956, menurut Tunku , pihak British telah membuat kenyataan dari Lancaster House tentang hasil rudingan dengan rombongan merdeka dan keputusan ini memberi keadaan yang positif kepada Tunku sebagai pemimpin Perikatan.

             Rombongan Tunku Abdul Rahman di sambut bangga oleh ahli-ahli UMNO Singapura sebelum bertolak ke Melaka untuk sambutan besar-besaran yang diadakan di padang Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1955. Sekembalinya Tunku dan rombonganya dari Landon pada Jun 1957, Tunku terpaksa mengakui bahawa kemerdekaan yang dicapai tidaklah begitu memuaskan , kerana hal-hal yang tidak dapat diatasi seperti penghapusan kerakyatan komanwel, pengekalan pegawai pinjaman British dan pertahanan yang masih bergantung pada pihak British. Malah bidasan pihak pembangkang Melayu juga terpaksa diakuinya. Maka dalam Mensyuarat Agung yang diadakan pada 29 dan 30 Jun 1957, di Kuala Lumpur satu ketetapan telah di buat untuk menganugerahkan gelaran Bapa Kemerdekaan Tanahair kepada Tunku atas jasa-jasa perjuangan dan pengorbanan yang telah ditunjukan dan diberikan oleh Yang Dipertua UMNO itu.

            Dengan itu, UMNO telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Tunku dan cadangan perlembagaan yang telah diteliti oleh Jawatankuasa Kerja itu kemudia dibincangkan oleh raja-raja Melayu dan diterima pada 27 Jun 1957 dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957. Kelulusan itu dengan mudah diperolehi hanya kerana tedapat seorang pembangkang iaitu wakil PAS, Haji Ahmad Husien. Beliau tetap menegakkan kepentingan orang Melayu yang terhapus sebagai bumiputera kerana kemerdekaan yang akan di capai pada 31 Ogos 1957. Namun bangkangan beliau tidak diendahkan.

12. UPACARA KEMERDEKAAN

              Pada 3 Ogos 1957, di waktu pagi telah diadakan persidangan Raja-raja Melayu untuk memilih Yag di-pertuan Agong bagi menggantikan Pesuruhjaya Tinggi British. Perlantikan itu perlu sebagai menandakan ketua Negara di sandang oleh pemerintah tempatan. Semua raja telah menghadirinya kecuali Sultan Ibrahim dari Johor yang diwakili Tengku Mahkota , Tunku Ismail.

              Pada 5 Ogos 1957, bertempat di King House,Kuala Lumpur, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah ditandatangani diantara wakil Ratu England dan Wales, Donald MacGillivaray, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu dengan Raja-raja Melayu, Yang Di-pertuan Besar Negeri Sembilan dan Dato’-Dato’ Undang Luak Negeri Sembilan. Perjanjian 197 itu, mengakui persetujuan Perjanjian Persekutuan 1948 untuk menubuhkan sebuah Persekutuan yang mengandungi negeri yang tersebut di dalamnya sebagai asas Pembentukkan Persekutuan Tanah Melayu.

              Kesemua kerangka Perjanjian Persekutuan 1948 dikekalkan, kecuali Yang di- Pertuan Agong menjadi ketua Negara menggantikan Pesuruhjaya Tinggi British, kerana kedudukan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negeri yang telah merdeka. Bagi Pulau Pinang dan Melaka satu perjanjian lain akan dibuat dengan kuasa Queen untuk melantik Gabenor dan hal-hal tertentu diteruskan sebagai satu peralihan.

              Sultan Kedah, Sultan Badlishah telah berucap menyatakan kegembiraan raja-raja Melayu mendapat bimbingan kerajaan British selama ini sehingga negeri ini telah maju dengan jayanya dalam lapangan masyarakat, iktisad dan sahsiah. Kebaikan hati raja-raja Melayu seperti juga rakyatnya, tergambar sehingga pada saat akhir penjajahan British di Persekutuan Tanah Melayu. MacGillivaray pula telah menyatakan antara lain “ Dengan terhentinya hubungan lama itu, timbulah hubungan baharu dengan berdasarkan perasaan dan kepercayaan antara satu sama lain serta hormat-menghormati yang lain telah tertanam antara kedua-dua pihak.

             Dengan termaktubnya perjanjian tersebut, maka lahirlah sebuah perlembagaan merdeka bagi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Satu jawatankuasa sambutan besar-besaran telah diatur yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussien. Selain upacara pembarisan ketenteraan, jamuan negara dan perayaan awam di Kuala Lumpur , tetamu-tetamu kehormat dari luar Negara juga telah dijemput untuk menghadiri upacara pengistiharan kemerdekaan pada 31 Ogos. Dalam hal ini, kesemua perancangan dirujuk pada kerajaan British di pejabat Tanah Jajahan untuk diluluskan.

              Perikatan Pemuda UMNO telah diberi tugas untuk menurunkan bendera Umion Jack. Tepat pukul 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan mengikut gema bunyi jarum jam besar Pejabat Setiausaha Persekutuan. Serentak dengan itu bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan jaluran merah putih dan kotak biru dengan bulan bintang di tengahnya mendaki gagah menuju ke kemuncaknya. Sorak –sorai dan pekikan ’ Merdeka ’ bergema dan berkumandang di udsrs memecsh kesunyian malam kota yang dihiasi lampu neon yang bergemelapan di sepanjang jalan utama . Merdeka! Merdeka! Merdeka! Laungan sahut menyahut menandakan berakhirnya penjajahan British secara fizikal dan politik di Persekutuan Tanah Melayu. Upacara gilang gemilang telah diadakan pada pagi 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur . Perarakan dan barisan pasukan tentera dan orang ramai membanjiri Stadium Merdeka sejak pukul 6.00 pagi. Walaupun hujan turun pada awalnya, tetapi mereka tetap tidak berganjak menanti saat yang paling mengembirakan itu. Di atas pentas yang di his indah dan di bentang permaidani merah, Raja-raja Melayu dan Duke of Clocester dan pegawai kerajaan British duduk berderet dengan pakaian yang indah dan di payungi oleh binduanda.

             Tunku Abdul Rahman, dengan pakaian baju melayu bertekad benang emas dan bertengkolok seperti seorang raja, berdiri tegak membaca pemasyuran Kemerdekaan dalam bahasa Inggeris, bahasa yang di anggap paling layak oleh Tunku Abdul Rahman, wira kemerdekaan negara, untuk nenyatakan kebebasan dan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu daripada Penjajahan British. Terjemahan dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan hanya di baca oleh Senu Abdul Rahman di sebalik tirai di belakang pentas. Begitulah juga lebih kurang caranya Tunku menghdapi cabaran peristiwa 13 Mei 1969. Pada hari kemerdekaan Tunku mengarahjan supaya diadakan perarakan tentera melalui Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Chow Kit dan lalu ke Jalan Ipoh. Inilah juga jalan yang diikuti oleh perarakan jenazah anasir komunis yang ditembak mati beberapa hari sebelum pilihanraya bulan Mei itu. Disinilah juga pertumpahan darah berlaku ketika rusuhan 13 Mei. Walau bagaimanapun, kehendak Tunku itu tidak mendapat sokongan sangat daripada orang-orang tertentu yang tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Mereka yang membantah memberi alasan bahawa perarakan seperti itu mungkin akan memprovoke komunis lagi untuk bergiat aktif. Tunku mengatakan bahawa itulah sebenarnya yang beliau cuba tunjukkan kepada komunis kekuatan sebenar orang Melayu. Jika menunjukkan kepada mereka kekuatan ketenteraan kita mereka pasti akan berasa takut. Sebaliknya jika kita lemah, komunis akan mengambil kesempatan untuk menganggu-gugat kestabilan politik negara. Tujuan Tunku hendak mengadakan perarakan tersebut adalah untuk menunjukkan kepada pihak musuh bahawa negara sudah pulih dan mempunyai bala tentera yang kuat dan bersiap sedia untuk menentang musuh yang cuba memporak-perandakan kedaulatan negara .Dengan tangan yang tergenggam di udara, Tunku Abdul Rahman melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Gema suaranya kemudian di sahut penuh gemuruh oleh para hadirin yamg terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan berbilang bangsa. Pada pukul 11.00 pagi, upacara angkat sumpah Yang di-Pertuan Agong yang pertama dijalankan di Federal House, Kuala Lumpur, tempat parlimen pertama kerajaan merdeka Persekutuan Tanah Melayu. Selepas upacara itu, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan untuk diadakan majlis melantik dan angkat sumpah Perdana Menteri dan Menteri-menteri kabinet Perikatan yang lain. Upacara itu juga tidak kurang gemilangnya kerana inilah kali pertama sebuah kerjaan yang berdaulat dilantik dan disahkan dalam sebuah yang telah mencapai kemerdekan. Malah memang selayaknya Tunku diberi tugas untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu ke gerbang kemerdekaan negara walaupun terlalu banyak onak dan duri yang terpaksa dilaluinya.

 13. PERGINYA SEORANG WIRA BANGSA
             Pada 6 Disember 1990, Tunku menghembus nafasnya yang terakhir pada usia 87 tahun di Hospital Besar Kuala Lumpur. Pihak kerajaan telah mengiktiraf “Istiadat Pengebumian Negara” kepada beliau. Pada 7 Disember 1970, jenazah beliau telah diberi penghormatan terakhir oleh orang ramai di Dewan Bankuasi, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Selepas itu, jenazah beliau diterbangkan ke Alor Setar, Sungai Besi. Setibanya di sana, jenazahnya diberi penghormatan terakhir oleh Sultan dan Sultanah Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Selepas itu, jenazah beliau diterbangkan ke Alor Setar, Sungai Besi. Setibanya di sana, jenazahnya diberi penghormatan terakhir oleh Sultan dan Sultanah Kedah di Balai Besar, Alor Setar sebelum diusung menuju makam diraja untuk menjalani istiadat pengebumian. Pemergiannya merupakan suatu kehilangan yang besar dan jasanya sentiasa dikenang oleh rakyat Malaysia.


  



0 comments: